SPRM tahan pegawai universiti kemuka tuntutan palsu RM300,000

Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai di sebuah universiti tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000 antara 2018 dan tahun lepas.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan pada kira-kira 4 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Iklan
Iklan

Katanya, aktiviti dan tuntutan yang dilakukan suspek tidak melibatkan kakitangan di bawah wanita itu.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Iklan

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman. - Bernama

Iklan