SPRM kaji semula kes MAINS

Iklan
Gambar hiasan.

SEREMBAN - Kes berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah dikaji semula untuk melihat keterangan-keterangan yang ada.

Perkara itu disahkan Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menjelaskan, kes tersebut telah pun dibuka dan disiasat pada tahun 2019 dengan fokus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.

Sinar Harian sebelum ini, melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam MAINS.

Iklan

SPRM Negeri Sembilan pula mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan pada 2019, namun hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof memberitahu, kes itu masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah.

Iklan

Selain itu, MAINS mengeluarkan kenyataan menafikan tohmahan dan fitnah yang disebar melalui media sosial berkenaan salah guna wang zakat di Negeri Sembilan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai laporan pecah amanah wang kutipan zakat yang melibatkan jutaan ringgit.

Pihak terbabit mendakwa SPRM telah menerima maklumat berhubung perkara itu, namun sehingga kini tiada sesiapa yang ditahan.