Pasukan MAS-10 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terdiri daripada Pasukan SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bersama pasukan bantuan tempatan melakukan operasi mencari dan menyelamat akibat gempa di Nurdagi hari ini.
Pasukan tersebut melakukan operasi di kawasan gempa berukuran 7.8 skala Richter melanda Kahramanmaras, wilayah selatan Turkiye, pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu, yang turut menjejaskan beberapa kawasan di Syria.