HATAY - Usaha menyelamat yang memasuki hari ketujuh menyaksikan terdapat ramai lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye, awal pagi Isnin lalu.
Mangsa terbaharu, seorang lelaki berusia 34 tahun dikenali Tolga Fakioglu berjaya diselamatkan di Defne, wilayah Hatay selepas tersepit di bawah runtuhan selama 155 jam sejak gempa pertama berlaku.