Pihak berkuasa Thailand rampas produk tiruan bernilai RM1.8 juta

Iklan
Seorang pegawai CPPD Thailand memeriksa kotak-kotak produk palsu yang ditemui di sebuah gudang di daerah Bang Phli, Samut Rakan pada 7 Februari lalu. - Sumber foto Bangkok Post

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand merampas barangan tiruan bernilai 14 juta baht (RM1.8 juta) termasuk beg tangan dan produk kosmetik tiruan semasa serbuan di Bangkok dan Samut Prakan.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD) Thailand memaklumkan bahawa operasi bersama CPPD dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand pada 6 dan 7 Februari itu dijalankan selepas mendapat maklumat mengenai produk tiruan disimpan di premis itu - dua di Bangkok dan satu di Samut Prakan.

Iklan
Iklan

Komander CPPD, Mejar Jeneral Anan Nanasombat berkata, semua barangan itu diimport dari China dan dijual di platform e-dagang di Thailand.

"Pihak berkuasa merampas lebih 67,000 barangan tiruan termasuk produk kosmetik, beg tangan dan ubat gigi bernilai kira-kira 14 juta baht.

Iklan

"Seorang warga China diberkas di sebuah gudang di Samut Prakan,” katanya sambil menambah lelaki itu didakwa di bawah Akta Produk Kosmetik dan Akta Cap Dagangan. - Bernama

Iklan