Perhebat kempen, elak lebih ramai tertipu

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai sindiket penipuan kerja beberapa hari lalu.

SHAH ALAM – Kerajaan melalui beberapa kementerian berkaitan harus memperhebatkan kempen bagi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Rata-rata orang ramai yang ditemui mahu kerajaan bertindak tegas dalam membanteras kes membabitkan penipuan pekerjaan luar negara.

Iklan
Iklan

Pakar dekorasi rumah, Hezri Kusrin, 45, berkata, orang ramai perlu diberi penerangan menerusi kempen yang disiarkan menerusi laman sosial kerana di platform terbabit kerap diakses oleh generasi kini.

"Kementerian Komunikasi dan Digital atau Kementerian Sumber Manusia misalnya boleh buat kempen, peringatan menerusi YouTube, Facebook, Twitter, Instagram dan juga TikTok,” katanya.

Iklan

Hezri berkata, dengan kaedah ini sahaja orang ramai terutama golongan muda yang sedang mencari pekerjaan lebih peka agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Mohd Zailan

Peniaga, Mohd Zailan Salleh,44, berkata, sudah sampai masanya iklan mencari pekerja melibatkan syarikat atau agensi di luar negara harus ditapis kesahihannya bagi memastikan ia tidak menjerat rakyat di negara ini.

Iklan

"Cerita rakyat kita ditipu sudah lama, ramai yang terpedaya kerana iklan gaji lumayan yang ditawarkan.

"Pihak berkuasa termasuk polis, Jabatan Imigresen berganding bahu membanteras penularan iklan-iklan mencari pekerja yang diragui,” katanya

Bagi pesara tentera, Mohammad Rizan Samsudin, 43, mencadangkan supaya diwujudkan satu senarai syarikat luar negara yang ingin mendapatkan pekerja Malaysia.

"Senarai syarikat ini perlu dihebahkan kepada umum supaya mereka yang ditawarkan atau mahu memohon kerja di luar negara boleh melakukan semakan terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Zaila

Pekerja swasta, Mohd Zaila Juman, 48, pula mencadangkan supaya pihak berkuasa di negara yang terlibat dengan kes penipuan pekerjaan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa negara ini bagi memudahkan operasi penyelamatan mangsa.

"Kita tidak tahu berapa ramai lagi mereka yang terkandas di negara itu, jadi adalah penting pihak berkuasa negara terbabit turut membantu membanteras sindiket penipuan pekerjaan yang melibatkan rakyat negara jiran,” jelasnya.

Mohd Zaini Bin Mat Akhir, 50, mahu identiti rakyat negara ini yang pernah menjadi mangsa dirahsiakan bagi mengelak menjadi sasaran sindiket berkenaan yang berkemungkinan tidak berpuas hati.

"Mangsa-mangsa yang diselamatkan perlu dilindungi bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.