Pemuda UMNO desak lucut kerakyatan Guang Yik

Iklan
Muhamad Akmal (tiga dari kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Merlimau pada malam Isnin.

JASIN - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin mendesak kerajaan melucutkan hak kerakyatan bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang Melayu.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan yang dilakukan individu itu sangat biadab, melampaui batas dan terlalu sukar untuk dimaafkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenyataan yang dibuat bukan sahaja mengguris hati perasaan tetapi mampu membawa kepada permulaan ketegangan kaum.

"Sekiranya tidak dihentikan segera, mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan.

Iklan

"Sebagai seorang atlet yang pernah mewakili Negara, Guang Yik sudah pastinya sedar bahawa hal berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian walau apa jua alasannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Merlimau di sini pada malam Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewana Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, isu ini tidak cukup hanya dengan peringatan dan permohonan maaf, namun perlaksanaan hukuman perlu segera dilaksanakan.

Iklan

Ujar beliau, ia harus dijadikan iktibar serta tauladan kepada mereka yang cuba mencabar kedaulatan serta kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

"Jika hanya dengan satu muat naik 'nakal' di media sosial oleh seorang atlet kita baru-baru ini menyebabkan beliau telah digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang telah dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman yang lebih berat," katanya.

Tambah beliau, negara tidak memerlukan rakyat yang sikapnya mampu mencetuskan ketegangan dan kacau bilau antara agama serta kaum.

"Walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasanya langsung tidak setanding dengan tingkah peribadinya," katanya.

Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh individu itu.

Bagaimanapun pada Isnin bekas pemain badminton negara itu tampil membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya itu dalam satu video yang dimuat naik di media sosial.