James yakin Chelsea jadi pasukan terbaik dunia

Iklan
James (kiri) yakin Chelsea akan jadi pasukan terbaik dunia.

REECE James menjangkakan Chelsea akan menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia selepas beberapa pemain baharu yang tiba di kelab tersebut menyesuaikan diri dan memperoleh lebih banyak pengalaman bersama.

Chelsea membelanjakan £294.8 juta (RM1.56 bilion) pada jendela perpindahan Januari dengan ketibaan Enzo Fernandez yang menjadi pemain termahal Liga Perdana Inggeris.

Iklan
Iklan

Mykhaylo Mudryk, Benoit Badiashile, Andrey Santos, David Datro Fofana, Joao Felix, Noni Madueke dan Malo Gusto semuanya turut mengisi pasukan bimbingan Graham Potter itu.

Walaupun The Blues hanya memenangi satu perlawanan dalam semua kejohanan pada 2023, James memberi amaran Chelsea akan menjadi pasukan yang menakutkan apabila kesemua pemain itu sudah serasi bersama.

Iklan

"Anda tahu kerana tempoh Januari sentiasa sibuk dengan banyak perlawanan dan kemudian ada juga perpindahan pemain. Semuanya terlalu banyak dalam satu bulan.

"Saya cukup seronok bermain dengan pemain baharu, anda tidak tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Mereka semua datang dari tempat yang berbeza di seluruh dunia, anda tahu pasukan yang berbeza, mereka semua di sini untuk membantu.

Iklan

"Lebih cepat mereka selesa dan tenang, lebih cepat mereka boleh membantu. Saya tidak fikir ada trofi yang kami tidak boleh menang. Bila itu berlaku? Saya tidak tahu.

"Dengan pasukan yang kami bina, sebaik sahaja kami bermain bersama lebih lama dan semua orang memperoleh lebih banyak pengalaman, kami akan menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia," katanya.

James mengharungi tahun 2022 yang sukar selepas terlepas Piala Dunia bersama England pada November akibat kecederaan lutut dan masalah kecergasan yang berulang tahun lalu.

"Selalu ada kebaikan dan keburukan bola sepak. Dengan masa saya mendapat pengalaman, saya belajar bagaimana menangani perkara yang berbeza. Ia membantu untuk saya berkembang dengan baik sebagai seorang pemain," katanya.