Mayat individu hanyut dibawa arus deras ditemui

Iklan
Anggota bomba menemui mayat seorang lelaki yang lemas setelah dihanyutkan arus deras di kunci air Sungai Kerdas di sini pada Selasa.

GOMBAK - Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus selepas mandi-manda bersama rakannya di Sungai Pisang pada Ahad lalu ditemui di kunci air Sungai Kerdas di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mayat mangsa ditemui anggota bomba yang menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa pada jam 10.34 pagi pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Usaha mencari mangsa yang hilang dijalankan sejak Ahad lalu oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Pada Ahad, seorang lelaki sempat berpaut pada tebing sementara rakannya dihanyutkan arus deras ketika mandi manda di Sungai Pisang di sini.

Mangsa yang berumur lingkungan 20-an itu dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri ketika kejadian.

Iklan