Pemain Ukraine 'mati hidup semula'

Iklan
Danchenko rebah ketika menjalani latihan bersama Zorya Luhansk di Turkiye. - Foto Agensi

IBARAT mati hidup semula apabila pertahanan Ukraine, Oleh Danchenko selepas rebah ketika sesi latihan bersama kelabnya dipercayai akibat serangan jantung pada Ahad.

Danchenko yang dipinjamkan ke Zorya Luhansk dari AEK Athens berada di kem latihan di Turkiye ketika insiden mencemaskan itu berlaku, lapor media Greece Skai.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan selepas mendapat bantuan pantas daripada petugas perubatan pasukan yang menggunakan defibrilator.

Bagaimanapun akhirnya Danchenko 'kembali bernafas' dan dibawa ke pusat perubatan dengan ambulans.

Iklan

Kenyataan kelab dari Shakhtar di media sosial berkata;

"Kami berdoa Oleh (Danchenko) segera sembuh.

Iklan

"Bekas pemain Shakhtar mengalami kematian klinikal di kem latihan di Turki, kekal kuat dan kami bersama anda.”

Rakan dan keluarga masih menunggu maklumat lanjut daripada doktor mengenai keadaan pemain itu.