KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan penyelarasan jawatan 10 pegawai kanannya, berkuat kuasa 20 Mei ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata yang terlibat ialah Ketua Ponolong Pengarah (D7A) Pencegahan/Atipsom, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa yang bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/ Gangsterism, JSJ Bukit Aman.
Turut terlibat Ketua Bahagian (Perundangan) PDRM, Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Moktar Mohd Noor yang bertukar jawatan sebagai Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) PDRM, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Special Task Force on Organised Crime (Stafoc) Skuad Taktikal Khas 1 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Zulkifli Che Wail dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman.
"Ketua Penolong Pengarah (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/ Penyeludupan Migran JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Fadil Marsus bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan /Atipsom, JSJ Bukit Aman,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan, JSJ Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/ Maksiat JSJ Bukit Aman.
Penolong Pengarah Risikan (Stafoc) Skuad Taktikal Khas 1, JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Azmi Abdul Rahim pula bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Gangsterism, JSJ Bukit Aman.
Selain itu, Penolong Pengarah (D7B) Tahanan JSJ Bukit Aman Asisten Komisioner Baharudin Mustapha pula akan menjadi Penolong Pengarah (D14) Pengawasan/Tahanan, JSJ Bukit Aman.
Asmawati berkata Penolong Pengarah Risikan/Operasi Perjudian/Maksiat/ Kongsi Gelap (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, JSJ Bukit Aman Asisten Komisioner Gan Tack Guan memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Kelantan.
Turut ditukarkan ACP (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/ Penyeludupan Migran, JSJ Bukit Aman Asisten Komisioner Azry Akmar Ayob yang dilantik menjadi Penolong Pengarah (D3) Siasatan/ MAPO/ Antarabangsa, JSJ Bukit Aman.
"Penolong Pengarah Risikan/ Operasi/ Atipsom (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3 JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamzah Buman pula ditukarkan ke Selangor sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard,” katanya.- Bernama