Dewan Rakyat lulus Jawatankuasa Pemilih

Iklan
Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan pelantikan Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15. - Foto hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan pelantikan Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15.

Jawatankuasa itu diketuai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebagai Pengerusi dan dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Iklan
Iklan

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (PH-Pandan).

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

Iklan

Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat. - Bernama

Iklan