Nelayan maut selepas dua bot bertembung

Iklan
Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa jatuh laut di Bagan Panchor, Pantai Remis untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. - Foto ihsan Bomba Perak

LUMUT - Seorang nelayan ditemukan maut manakala dua yang lain terselamat selepas dua bot bertembung di Kuala Bagan Panchor, Pantai Remis di sini pada Selasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak memaklumkan, sepasukan anggota bomba diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.58 pagi.

Iklan
Iklan

"Terdapat tiga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dan akibat pelanggaran itu, kesemua mangsa jatuh ke dalam laut.

Mayat mangsa jatuh laut yang ditemukan nelayan tempatan di bawa ke daratan untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan Bomba Perak

Menurutnya, operasi mencari diteruskan sebelum mangsa ditemukan sekitar jam 8.55 pagi oleh nelayan.

Iklan

"Mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian dan berjaya dibawa ke daratan.

"Mangsa kemudiannya disahkan maut oleh pasukan perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 9.20 pagi," katanya.

Iklan