Chean Chung dakwa tiga pemimpin utama PN ponteng Parlimen

Iklan
Ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter Lee Chean Chung.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa tiga pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang tidak menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada sebelah pagi Selasa.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa beberapa pemimpin tersebut antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Iklan
Iklan

"Selamat pagi dari Parlimen! Hari ini menyaksikan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa setengah jam setiap hari Selasa untuk menjawab soalan ahli Parlimen dalam dewan. Reformasi!

"Mereka itu antaranya ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang," dakwanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya pada Selasa.

Iklan

Chean Chung turut mempersoalkan adakah kesemua pemimpin tersebut lebih sibuk sehingga tidak dapat menghadiri Parlimen.

"PN ponteng. Adakah mereka lebih sibuk daripada Perdana Menteri untuk berada di Parlimen?" soalnya.

Iklan

Sementara itu, Hamzah menerusi akaun Facebook rasminya pada Selasa telah berkongsikan satu hantaran bahawa beliau akan melakukan Perbahasan Ketua Pembangkang pada petang ini iaitu kira-kira jam 2.30 petang.