Cef Fazley sokong Menu Rahmah

Iklan
Fazley bersama Siet Fong menunjukkan dua menu baharu diperkenalkan kepada pesakit dalam wad di Hospital Pantai Ipoh.

IPOH - Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob menyokong usaha kerajaan dalam memperkenalkan Menu Rahmah di seluruh negara.

Menurutnya, penyediaan makanan pada harga RM5 dan ke bawah itu tepat pada waktunya dan menguntungkan rakyat terutama selepas berlalunya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

"Saya sangat menyokong. Sewaktu PKP dulu, ramai orang terkesan menyebabkan mereka memasak di rumah dan boleh membandingkan harga makanan di restoran.

"Jadi bila ada pilihan untuk Menu Rahmah, lebih mudah untuk masyarakat secara umumnya memilih makanan yang sesuai dengan bajet mereka," katanya.

Iklan

Beliau bagaimanapun berharap, tiada mana-mana pihak yang menyalahguna pelaksanaan program itu dengan menyediakan hidangan ala kadar.

Katanya, daripada pengalamannya sendiri yang mencuba Menu Rahmah di beberapa premis, didapati hidangan disediakan masih boleh diperbaiki.

Iklan

"Zaman mak nenek dulu, kita makan makanan kat rumah, murah dan sedap juga. Jadi tiada alasan untuk jadikan Menu Rahmah ini nampak murah," katanya.

Fazley sebelum itu ditemui dalam Pelancaran Menu Baharu Hospital Pantai Ipoh di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ipoh, Chong Siet Fong.

Penyanyi lagu Asmara Ini tersebut memperkenalkan dua menu iaitu Nasi Dulang Nusantara dan Nasi Goreng Ayam Salai Lemak Cili Api yang boleh dinikmati pesakit dalam wad.

Menu berkenaan adalah hasil kolobrasi bersama IHH Healthcare Malaysia untuk memperkenalkan menu baharu 'Delight in Every Bite' di 16 rangkaian hospital iaitu Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court.