Dewan Rakyat kecoh Mohd Sany dipuji tertib

Iklan
Mohd Sany Hamzah

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pada sesi petang Selasa kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah dipuji berkelakuan baik dan tertib oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).

Mohd Sany dikenali antara wakil rakyat yang vokal sewaktu sidang dewan, namun dilihat berdiam diri sewaktu sesi pagi.

Iklan
Iklan

Sewaktu Syed Ibrahim syed noh (PH-Ledang) berucap tentang menambah baik sekolah-sekolah daif semasa Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, Awang bangun mencelah dan memuji Mohd Sany.

Mohd Sany kemudiannya bangun dan bertanyakan sama ada Awang cemburu dengannya.

Iklan

"Cemburu ke? Sebab itu saya nak minta Ledang dan Pendang beradab. Kalau saya boleh, semua kena beradab, kena berakhlak juga.

"Saya nak sebutkan, dalam pilihan raya, bila kita nak dapatkan undi daripada rakyat, kita kena berfakta. Fakta lawan fakta, bukan rasuah.

Iklan

"Bagi pengundi kita duit maknanya beri rasuah. Sebelah sana kena tengok balik sikap, adab dan integriti kita sebagai wakil rakyat. Kena jaga dan buktikan,” katanya.

Melihatkan kedua-duanya berbalas sindiran, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mencelah dan menyatakan ini masa Syed Ibrahim berbahas.

Kekecohan yang berlaku menyebabkan Timbalan Speaker, Alice Lau campur tangan dan menegur semua wakil rakyat yang terlibat.