PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memastikan usaha penambahbaikan secara berterusan inisiatif pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, projek pendigitalan ini adalah merupakan projek rintis.
Iklan
Iklan
"Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan inisiatif pendigitalan JPJ ini, demi memastikan keberkesanannya agar sentiasa memberikan manfaat yang signifikan kepada negara dan masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zailani berkata, proses pengintegrasian pangkalan data sistem mySIKAP JPJ dengan pihak berkuasa lain, termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah wujud sejak tahun 2007.
Pada Sabtu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim dilaporkan berkata, pihaknya menyambut baik projek rintis Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Digital.
Menerusi kenyataannya, JSPT melalui peralatan MCOPS boleh melakukan semakan integrasi dengan sistem mySIKAP JPJ atau paparan kod QR untuk semakan
nombor kenderaan dan nombor kad pengenalan.