IPOH -"Tidak ada unsur khianat." Itu reaksi Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Assisten Komisioner Razali Ibrahim bagi mengulas insiden kebakaran di pejabatnya pagi tadi.
Katanya, kebakaran kecil itu dipercayai berlaku akibat litar pintas.
Bagaimanapun menurutnya, siasatan dalaman akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.