Amaran Cuaca Ribut Petir

Iklan

Suasana awan mendung di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan di pantai Sungai Labu, Labuan, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawang hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat dan Tawau, dan di Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang, serta kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia.

Iklan
Iklan

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia. - Foto Bernama

Iklan
Iklan