JOHOR BAHRU - Beberapa kawasan sekitar di Johor Bahru mula dinaiki air berikutan hujan lebat pada petang Selasa.
Menerusi beberapa video yang dikongsi di laman sosial memperlihatkan keadaan banjir yang berlaku di Larkin Perdana, Kampung Aman, Taman Sri Bahagia, Kampung Dato Hajah Hasnah Majidee dan Kampung Kurnia.
Iklan
Iklan
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Haizrul Rahmad berkata, maklumat berhubung kejadian banjir di Kampung Aman diterima pada jam 4 petang.
Katanya, air parit telah melimpah keluar dan menyebabkan air tersebut masuk ke dalam rumah penduduk.
"Paras air dilaporkan lebih paras buku lali. Penduduk setempat dinasihatkan berpindah sekiranya keadaan membahayakan. Tiada pemindahan mangsa dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sinar Harian difahamkan sehingga kini masih tiada pusat pemindahan dibuka.