KOTA MARUDU - Salah seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri akibat lemas ketika memancing dan mandi di kawasan parit di Jalan Radu telah meninggal dunia.
Mohammad Azam Masrul Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Marudu manakala rakannya masih menerima rawatan di hospital yang sama.