Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban kini lebih 41,000

Iklan
Keadaan selepas lebih seminggu gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, Foto: Xinhua

GENEVA - Lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, jumlah kematian kini meningkat kepada lebih 40,000 di kedua-dua negara.

Sejumlah 35,418 mangsa terbunuh di Turkiye, manakala lebih 5,800 lagi di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Iklan
Iklan

Tambahnya, lebih tujuh juta kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat dan gempa susulan besar yang memusnahkan Turkiye dan Syria minggu lalu.

"Di Turkiye, jumlah keseluruhan kanak-kanak yang tinggal di 10 wilayah yang dilanda dua gempa bumi itu ialah 4.6 juta kanak-kanak.

Iklan

"Di Syria, 2.5 juta kanak-kanak terjejas. UNICEF bimbang beribu-ribu kanak-kanak telah terkorban," kata jurucakap agensi kanak-kanak PBB UNICEF James Elder kepada pemberita di Geneva.

Elder dalam pada itu tidak menolak jumlah kematian membabitkan kanak-kanak susulan tragedi itu akan terus bertambah.

Iklan

PBB menganggarkan sehingga 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal susulan gempa bumi yang meranapkan lebih 5,000 bangunan termasuk tempat kediaman. - Awani

Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/