Rakyat Mesir mengundi referendum 'beri kuasa' kepada al-Sisi

Iklan
Penduduk Mesir mengundi dalam referendum mengenai pindaan Perlembagaan bermula hari ini.

KAHERAH - MESIR. Rakyat Mesir mula mengundi dalam referendum mengenai pindaan Perlembagaan yang berlangsung selama tiga hari yang akan turut melanjutkan kuasa pemerintahan Presiden Abdel Fattah al-Sisi sehingga 2030.

Proses pungutan suara itu bermula pada hari ini dan stesen TV turut memaparkan al-Sisi membuang undi di pusat pengundian di pinggir Heliopolis.

Iklan
Iklan

Pindaan dalam Perlembagaan itu bakal memberi kuasa lebih meluas kepada bekas ketua tentera itu termasuk dalam keputusan kehakiman dan melantik pendakwa raya umum serta hakim di semua peringkat.

Ia juga akan melanjutkan penggal pemerintahan presiden daripada empat kepada enam tahun bagi tempoh sepenggal dan presiden hanya boleh dilantik semula bagi tempoh sekali.

Iklan

Tetapi, al-Sisi akan diberi pengecualian kerana penggal pemerintahannya akan dilanjutkan kepada enam tahun dan dibenarkan bertanding untuk penggal ketiga.

Beliau dijangka melepaskan jawatan itu pada 2022 selepas penggal kedua perkhidmatannya berakhir.

Iklan

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International menyifatkan pindaan Perlembagaan itu akan memudahkan tindakan kekerasan pihak berkuasa terhadap kebebasan bersuara, perhimpunan awam dan memburukkan lagi krisis hak asasi manusia di negara itu. - AFP