KJ buat 'perangai', nak cerahkan kulit

Iklan
Khairy ketika memulakan tugas sebagai penyampai radio HotFM bermula jam 6 hingga 10 pagi tadi. Foto: FB HotFM

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sempat 'bergurau' untuk cerahkan kulit menggunakan produk penaja, Tati skincare ketika memulakan tugas sebagai penyampai radio HotFM bermula jam 6 hingga 10 pagi tadi.

Mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG, hari ini, pertanyaan Khairy atau mesra disapa KJ itu bagaimanapun telah mengamatkan suasana konti radio berkenaan.

Iklan
Iklan

AG pula berseloroh:"Ini dah macho, bro (YB). Tinggi, gelap dan kacak."

Penyampai radio itu turut 'mengusik' KJ dengan bertanya apakah rutin pagi selepas tiada pekerjaan sekarang.

Iklan

"Rutin pagi sekarang, HotFM. Tapi sebelum ini, tidur.

"Tak ada (sedih atau depresi), sebab dah lama tak rehat jadi terpaksa direhatkan. Jadi kitapun rehatlah," ujarnya.

Iklan

Sebelum ini, dilaporkan, kemunculan Khairy sebagai penyampai Hot FM adalah untuk memberi keseimbangan kepada slot Bekpes Hot dengan membincangkan topik serius dan menyampaikan maklumat menarik untuk dikongsi bersama pendengar.

Kisah KJ bakal menjadi DJ HotFM mula diperkatakan selepas Hot FM membuat tawaran kepada Khairy menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Susulan itu, Media Prima Audio (MPA) mengesahkan Khairy akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM serta bakal mengendalikan segmen Bekpes Hot, mulai hari ini.

Khairy kemudiannya turut mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.