Duit lesap, diugut bunuh mahu beli kucing siam

Iklan
Gambar hiasan 123RF

MELAKA - Pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan negeri diugut bunuh ketika berurusan untuk membeli seekor kucing siam menerusi dalam talian.

Mangsa lelaki berusia 50-an berkata, ketika kejadian jam 9 malam pada 5 Februari lalu, beliau berurusan dengan individu menggunakan nama Marzuki di media sosial, Facebook untuk urusan pembelian kucing itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tertarik dengan iklan gambar seekor kucing siam berwarna kelabu yang dijual pada harga RM900 dan penjual itu turut memberikan harga diskaun RM400 membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membeli.

Katanya, berurusan dengan individu di FB messenger, dan mendakwa sindiket penipuan itu memintanya membuat bayaran deposit sebanyak RM200.

Iklan

"Saya membuat bayaran itu secara pindahan dalam talian pada malam hari sama.

"Namun keesokan harinya saya mendapat pesanan dari WhatsApp menggunakan nombor luar negara meminta saya membuat tambahan bayaran untuk kuarantin kucing berjumlah RM450," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Iklan

Jelas beliau, selepas berunding, individu terbabit bersetuju memberi diskaun dan hanya perlu membayar RM200 membuatkan beliau sekali lagi memindahkan wang ke nombor akaun yang sama.

Ujar beliau, selepas membuat bayaran sekali lagi, beliau menerima satu lagi pesanan daripada nombor berbeza yang meminta penambahan wang untuk meneruskan pembelian kucing siam itu.

Kata beliau, namun tidak menuruti permintaan itu membuatkan individu itu mengugutnya dengan membuat ugutan jenayah.

"Dia memberi ugutan, jika saya tidak buat bayaran seperti diminta, kepala dia atau kepala saya akan dipenggal.

"Bimbang dengan ugutan itu saya membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh pada hari sama selepas menyedari ditipu melibatkan kerugian RM400," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E Sundra Rajan ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.