Urat lutut putus, Hairul Azreen tarik diri dari filem The OG

Iklan
Hairul berkongsi gambar dan video yang menunjukkan dia menahan sakit sambil menerima rawatan awal di sebelah pengarah filem tersebut. - Foto Intsgram Hairulazreen

AKTOR terkenal, Hairul Azreen memaklumkan yang dirinya tidak dapat meneruskan pengambaran filem The Original Gangster (The OG) arahan Syamsul Yusof berikutan mengalami kecederaan serius di kaki.

Lalu Hairul, menyatakan rasa dukacita terhadap pengundurannya kerana mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL).

Iklan
Iklan

"Dukacita dimaklum saya tak dapat teruskan shooting THE OG disebabkan ACL lutut kiri saya putus," katanya.

Suami kepada Hanis Zalikha itu berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya.

Iklan

Dalam hantaran yang sama Hairul berkongsi gambar dan video yang menunjukkan dia menahan sakit sambil menerima rawatan awal di sebelah pengarah filem tersebut.

Justeru, pelakon filem Paskal ini memohon maaf kepada pihak produksi dan rakan-rakan diatas kejadian yang tak diingini sehingga pengambaran tersebut tergendala.

Iklan

Dia juga mengatakan mungkin sudah tiba masanya untuk berehat buat seketika dari terus bekerja sehingga mengalami kecederaan.

"Minta maaf kawan-kawan dan team production. Dah sampai masa untuk saya rest," tulisnya.

Susulan daripada itu, ruangan komen Instagram pelakon berkenaan telah dihujani dengan doa agar dirinya segera sembuh dari kenalan dan juga peminat. - Awani