Tanaman Tembikai

Iklan
Petani Muhammad Hadiyuddin Abdul Samad, 27, menunjukkan anak pokok tembikai yang berusia dua minggu ketika tinjauan di Ladang Kontrak Projek Agrotourism Kampung Banggol hari ini.

Menurut Hadiyuddin, buah tembikai yang ditanamnya akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 60 hari sebelum dituai.

Sepanjang tempoh itu proses penyiraman, pembajaan dan meracun harus diurus dengan baik bagi memastikan penghasilan buah tembikai yang berkualiti.