Siling pusat beli-belah runtuh akibat hujan lebat

Iklan
Siling di aras tiga di Queensbay Mall runtuh mengakibatkan air hujan melimpah susulan hujan lebat pada Selasa.

GEORGETOWN - Sebahagian siling di pusat beli-belah, Queensbay Mall di Bayan Lepas dekat sini runtuh dipercayai akibat hujan lebat pada malam Selasa.

Susulan daripada kejadian itu, tingkat tiga pusat beli-belah tersebut dipenuhi air namun tiada individu yang tercedera dilaporkan susulan pusat beli belah tersebut ditutup pada jam 10.30 malam.

Iklan
Iklan

Gambar dan rakaman video kejadian itu telah tular di media sosial.

Dalam kenyataan daripada pengurusan Queensbay Mall dalam Facebooknya, hujan lebat pada malam Selasa menyebabkan air melimpah ke bahagian pusat beli-belah itu kira-kira jam 11.10 malam telah menjejaskan beberapa buah kedai di Zon Selatan Aras 3.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, kawasan terjejas tersebut telah dibersihkan dan semua penyewa dibenarkan menjalankan perniagaan mereka seperti biasa pada Rabu.

Siling di aras tiga di Queensbay Mall runtuh mengakibatkan air hujan melimpah susulan hujan lebat pada Selasa.

"Kita ingin memaklumkan, satu bahagian pada aras tiga telah ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Iklan

"Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda," tambah kenyataan tersebut.

Dibuka kepada orang ramai pada Disember 2006, Queensbay Mall adalah salah satu pusat beli-belah terbesar di Pulau Pinang berkeluasan 2.5 juta kaki persegi dan mengandungi lebih 400 lot kedai di bangunan lima tingkat tersebut.