Pemandu Axia parah, nahas lapan kenderaan

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh buah kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pada Rabu.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Rahmat Sabarudin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada pukul 9.10 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, sebanyak tujuh buah kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam kemalangan jalan raya tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Rahmat berkata, kejadian itu juga menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang memandu kereta Perodua Axia mengalami kecederaan parah.

"Mangsa yang tersepit telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba dengan menggunakan alatan penyelamat.

Iklan

"Mangsa telah dihantar ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan operasi tamat pada pukul 9.54 pagi," katanya.