Sambutan Tahun Baharu Cina LBS meriah dengan kehadiran Agong, Permaisuri

Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah berkenan melakukan acara gaulan ‘Yee Sang’ bersama Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS bersama isterinya.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah berkenan melakukan acara gaulan ‘Yee Sang’ bersama Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS bersama isterinya.

SHAH ALAM - Majlis Makan Malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) meriah dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan
Iklan

Rombongan tarian singa dan persembahan gendang tradisi menyambut ketibaan Tuanku dan Permaisuri pada majlis yang berlangsung gilang gemilang di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.

Bertemakan ‘Muhibah’ majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Iklan

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, kesudian Yang di-Pertuan Agong mencemar duli ke majlis makan malam Tahun Baharu Cina LBS pada tahun Arnab ini merupakan satu peristiwa penting bagi LBS dan merupakan permulaan yang istimewa untuk tahun ini.

Baginda Yang di-Pertuan Agong, berkenan menulis Seni Kaligrafi Cina sebagai simbolik pembukaan acara di Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina LBS, di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di sini, semalam.

"LBS telah melonjak ke tahap yang luar biasa di tahun Harimau lepas, memecahkan pelbagai rekod daripada galeri jualan, bilangan rumah pameran contoh terbanyak di Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia hingga memperolehi jualan melebihi sasaran sebanyak RM2 bilion.

Iklan

"Semua ini tercapai berdasarkan sinergi daripada pasukan LBS, sokongan pihak berkepentingan dan sudah tentu kepercayaan pelanggan kami,”katanya.

Menurutnya, tema ‘Muhibah’ adalah sinonim dengan inisiatif dan pendekatan kerajaan perpaduan pada hari ini.

LBS yang dikenali sebagai Pemaju Perumahan Rakyat, akan terus komited dan memberi sokongan padu di dalam membentuk perpaduan komuniti.

Tan Sri Lim Hock San bersama isterinya turut berkongsi tradisi Tahun Baharu Cina bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah sebagai simbolik keceriaan dan kemakmuran.

"Sektor perumahan adalah penting bagi pembangunan ekonomi, sosial dan kemasyarakatan, lebih-lebih lagi, segmen mampu milik yang berkualiti.

"Selaras dengan reputasi kami sebagai Pemaju Rakyat, LBS akan terus membina dan menyediakan penyelesaian perumahan berkualiti di samping memenuhi tanggungjawab sosial korporat kami seiring dengan matlamat negara.

"Kepada para pemimpin, rakan-rakan, dan keluarga yang hadir, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023, semoga kita semua mendapat limpahan kemewahan serta kemakmuran jangka panjang,”katanya.