Tabung Haji#QuranHour semarak semangat hadapi Ramadan

Iklan
Ustaz Ahmad Fazrul (kiri) bersama Ustaz Ahmad Tirmizi (Kanan) ketika program Tabung Haji#QuranHour berlangsung pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 150 peserta menyertai program Tabung Haji#QuranHour di ibu pejabat lembaga berkenaan pada Rabu.

Pengurus besar bahagian domestiknya, Mohd Norber Kassim berkata, program dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bertujuan bagi menyemarakkan lagi semangat menghadapi bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, ia turut menjadi ruang buat kakitangan TH untuk menambah pengetahuan mengenai al-Quran.

"Adalah diharapkan daripada penganjuran program sebegini menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjadikan kitab suci ini sebagai panduan hidup dan teras utama kehidupan dalam kalangan warga TH," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Program yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fazrul selaku pentadabbur dan Ustaz Tirmizi Ali sebagai qari itu menyentuh mengenai intipati Surah al-Insan dalam kehidupan seorang muslim.

Norber

Norber menambah, pemahaman surah berkenaan yang diterapkan kepada para peserta semasa majlis tersebut sangat penting dalam dalam menelusuri kehidupan.

Iklan

"Dalam konteks kehidupan yang serba moden dan mencabar kini, manusia kian berhajat kepada elemen pemantapan jiwa dan aqidah dalam diri.

"Dengan pemahaman yang betul akan makna disebalik Surah al-Insan ini, kita sebagai muslim akan lebih faham dan mengerti tentang hakikat serta makna kebahagiaan yang sebenar dalam islam," ujarnya.

Beliau juga menyatakan, menerusi kerjasama dengan WUIF, ia dapat menjadi pemangkin kepada pelbagai lagi program-program pembinaan sahsiah diri.

"Insya-Allah, selepas ini kita boleh berbincang mengenai pelbagai lagi penganjuran melibatkam program keislaman dan dakwah," jelas beliau.