Restoran Barang Antik

Iklan
Pengusaha restoran Zakaria Daud, 66, memeriksa mesin padi dari tahun 1960-an yang merupakan sebahagian koleksi miliknya yang menghiasi restoran ketika ditemui pemberita di Taman D'Tasik, Gua Musang di sini.

Pengunjung yang menjejakkan kaki ke restoran Dalam Taman D'Tasik, pastinya akan mengimbau kembali nostalgia era 60-an kerana dekorasinya yang mengetengahkan pelbagai koleksi barangan antik pada zaman itu.

Barangan ini bukan sahaja dapat menggamit nostalgia, malah dapat memberi pengetahuan kepada generasi baharu tentang kewujudan koleksi ini sebelum kita mengecap kemodenan seperti hari ini.