USANITA jalin kerjasama dengan UKM, EWA perkasakan ekonomi wanita dan pelajar

Iklan
Wakil USANITA, UKM dan EWA hadir pada majlis menandatangani Surat Hasrat antara USANITA, UKM dan EWA di Canselori UKM Bangi.

Wakil USANITA, UKM dan EWA hadir pada majlis menandatangani Surat Hasrat antara USANITA, UKM dan EWA di Canselori UKM Bangi.


SHAH ALAM - Usanita Sdn Bhd (USANITA) bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan e-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA) bagi memperkasakan ekonomi dalam kalangan usahawan wanita dan pelajar.

Majlis menandatangani Surat Hasrat diwakili Fakulti Ekonomi & Pengurusan dan EWA itu akan bertindak sebagai rangka kerja am bagi aktiviti-aktiviti dan program yang bakal dijalankan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan berkata, Usanita berhasrat untuk memperkasakan kebolehpasaran wanita dan pelajar dalam sektor keusahawan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam industri.

"program kolaborasi antara USANITA, UKM dan EWA Malaysia ini akan tertumpu pada pembangunan dari sudut kemahiran, kebolehan, kreativiti serta inovasi.

Iklan

"Ia merupakan perkara yang terkandung dalam aspek modal insan di samping aspek daya saing yang dilihat penting dalam kejayaan usahawan,”katanya.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Prof Dr Aini Aman (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan (tengah) dan Setiausaha EWA Malaysia, Dr Azlina Asaari pada majlis menandatangani Surat Hasrat antara USANITA, UKM dan EWA di Canselori UKM Bangi.

Menurutnya, dengan penglibatan dan usahasama UKM dan EWA, kolaborasi ini dapat menjadi semakin besar dan memanfaatkan lebih ramai orang terutamanya pelajar- pelajar UKM dan usahawan- usahawan yang menyertai EWA.

Iklan

"Rakan- rakan strategik USANITA juga terdiri dalam kalangan selebriti, jadi kita harap program- program kita secara tidak langsung akan memberi dokongan kepada mereka dalam melonjakkan jualan, perniagaan, dan cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam industri keusahawanan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM merangkap Presiden EWA, Profesor Dr Aini Aman menzahirkan rasa gembira kerana dapat menjalinkan kerjasama bersama USANITA.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Prof Dr Aini Aman (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan (tengah) dan Setiausaha EWA Malaysia, Dr Azlina Asaari pada majlis menandatangani Surat Hasrat antara USANITA, UKM dan EWA di Canselori UKM Bangi.

"Saya berharap usahasama ini akan membangunkan kemahiran pelajar ke arah yang lebih berkualiti tinggi dan mempunyai minda keusahawanan kelas pertama seterusnya menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran mereka khususnya dalam bidang keusahawanan.

"Bila kita bekerjasama dengan USANITA ini, kita harap minat mereka (para pelajar dan usahawan wanita EWA) akan terpupuk dan mereka akan lebih terdedah kepada peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, kerjasama USANITA dan UKM ini boleh menjadi platform yang sangat baik kepada pelajar bidang keusahawanan di mana kerjasama ini dapat menyumbang kepada pembangunan negara bagi mencapai aspirasi menjadi negara keusahawanan unggul menjelang 2030.