Rumah reput kerap tenggelam banjir

Iklan
Mohd Jusoh (kanan) menunjukkan paras air ketika rumah mereka dilanda banjir akhir tahun lalu.

PASIR MAS - Rumah separa kayu yang dihuni tiga beranak di Kampung Banggol Che Wan di sini hanya menanti runtuh akibat ditenggelami banjir setiap tahun.

Pemiliknya, Mohd Jusoh Kasim, 54, berkata, rumah yang dibina lebih 25 tahun itu pernah dibaiki hasil sumbangan pemimpin setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Iklan
Iklan

Mohd Jusoh memberitahu, mereka pernah berdepan situasi cemas apabila ular sawa menjalar di atas para kayu di tengah rumah mereka pada jam 3 pagi beberapa bulan lalu.

"Mujur isteri saya masih belum tidur dan terlihat ular yang sedang menjalar itu sebelum memaklumkan kepada menantu dan anak-anak.

Iklan

"Kami semua bergegas keluar rumah selepas melihat ular sepanjang kira-kira 1.5 meter," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada NGO Muszleem Malaysia pada Selasa.

Mohd Jusoh (kiri) menerima sumbangan daripada Rostam

Mohd Jusoh yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memberitahu, banjir akhir tahun lalu turut mengakibatkan rumahnya ditenggelami air sedalam lebih 1.5 meter dan mereka sekeluarga tidak sempat mengemas kerana air naik dengan cepat.

Iklan

Katanya, keadaan lebih sukar apabila isteri, Suhaila Ishak, 47, dan anak bongsu, Mohamad Ashrul Mat Jusoh, 19, merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) lembam.

"Banyak barang dan pakaian rosak kerana banjir," katanya.

Bagaimanapun Mohd Jusoh bersyukur kerana rumahnya yang sebelum ini hanya sebuah pondok usang tanpa dapur tetapi sudah ditambah strukturnya hasil derma pemimpin setempat dan NGO.

Sementara itu, Ketua Sukarelawan Muszleem Malaysia, Rostam Sattar berkata, seramai 23 asnaf dan mangsa banjir dari tiga buah kampung sekitarnya menerima kotak bantuan bernilai RM60.

"Kami menghantar barangan asas yang diharap dapat mengurangkan beban keluarga mangsa banjir dan asnaf," katanya.