SEREMBAN - Polis menahan 15 lelaki disyaki terlibat kejadian samun dan memecah masuk kedai di sekitar Nilai, dekat sini dan Kajang, Selangor dalam operasi selama sembilan hari sejak 26 Januari lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua yang berusia lingkungan 25 hingga 41 tahun itu ditahan menerusi ‘Op Tajam Mantin’ dan dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan di sekitar Mantin sejak pertengahan tahun lepas.