Jangan terlibat mogok mengejut - Dr Zaliha

Iklan
Dr Zaliha

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menasihatkan pekerja dalam sektor kesihatan awam supaya tidak terlibat dalam sebarang mogok tanpa pemberitahuan kerana ia tidak menyelesaikan masalah.

Menerusi klip video di laman sosial TikTok, beliau meminta pekerja di bawah pimpinannya supaya berjumpa secara bersemuka untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

Iklan
Iklan

"Saya sebenarnya faham, sangat faham tentang masalah itu. Latar belakang saya sendiri sebagai doktor, ini menyebabkan saya memang faham dan saya tekad sebenarnya untuk menyelesaikan masalah ini dan kalau boleh, hari ini juga saya nak selesaikan.

"Tapi kita perlu faham bahawa ini akan mengambil sedikit masa untuk saya memahaminya lebih mendalam dan sebaik-baiknya supaya penyelesaian yang terbaik dapat kita laksanakan,” katanya selepas mendengar bahawa mogok mengejut kemungkinan dilakukan oleh pihak tertentu..

Iklan

Dr Zaliha juga meminta pekerja kesihatan supaya berfikir dengan cara yang lebih matang.

"Insya-ALLAH kita bertemu bersemuka dan akhirnya kita dapat sama-sama selesaikan masalah ini dan semua sebenarnya akan dapat kebaikan,” katanya. - Bernama

Iklan