ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri mahu menggunakan sebahagian aset Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang dikatakan terbiar dan tidak digunakan mana-mana pihak untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, ini kerana, buat masa kerajaan negeri tidak bercadang menyewakan sebahagian aset berkenaan seperti mana yang disyorkan di dalam Laporan Audit Negara 2017.
"Laporan audit itu memang ada tetapi bukan berdasar nilai yang terkini sebab ianya ada susut nilai. Jadi, perkara ini berlaku apabila hasil penswastaan di bahagian konsesi.
"Dahulu memang kita pakai sepenuhnya, tetapi kita perlu simpan juga untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan seperti tanah runtuh dan sebagainya.
"Jadi, untuk kes kecemasan ini bermakna kita masih gunakannya dan bukannya ia terbiar langsung. Jadi jentera-jentera seperti 'backhoe' dan 'roller compactor' amat diperlukan untuk kerja-kerja ad-hoc,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 supaya JKR negeri ini menyewakan sebanyak 29 aset yang terbiar dan tidak digunakan kepada jabatan, agensi atau syarikat yang memerlukan.
Menurut laporan itu, aset berkenaan yang berjumlah RM2.31 juta merangkumi pelbagai jenis antaranya jentera Back Hoe Loader Case Super M, Komatsu Grader, Roller New Holland dan Mesin Ujian Premis.
Sebanyak lapan daripadanya adalah milik JKR Daerah Kota Tinggi, 11 aset milik JKR Daerah Mersing dan 10 lagi aset milik JKR Daerah Segamat.
Kesemua aset dikatakan diperoleh untuk kegunaan kerja-kerja penyelenggaran jalan namun didapati tidak digunakan dan terbiar selepas kerja penyelenggaraan diswastakan kepada dua syarikat konsesi iaitu Amona Infra Care Sdn Bhd (Amona) dan Teto Engineering Sdn Bhd (Teto).
Terdahulu, Mazlan menyaksikan majlis memeterai kerjasama Memorandym Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri melalui Johor Centre for Construction Development (JCCD) yang diwakili Pengerusinya, Mohd Solihan Badri dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang diwakili Timbalan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Mohd Azizi Ali.
MoU itu melibatkan latihan industri binaan dan pengurusan projek yang mana CIDB dijadualkan menyediakan latihan industri pembinaan selama dua tahun kepada para kontraktor binaan yang berdaftar di bawah JCCD.
Sementara itu, Mohd Solihan memberitahu, terdapat kira-kira 14,000 kontraktor yang berdaftar di bawah CIDB di negeri ini, bagaimanapun daripada jumlah berkenaan antara 20 hingga 30 peratus tidak aktif.
"Misi dan visi kami adalah membangunkan kontraktor di negeri Johor. Kali ini kita membuat MoU dengan CDB dan akan datang akan ada MoU lagi dengan beberapa syarikat besar untuk mengukuhkan kerjasama,” katanya.