PRN: Shahidan tidak tolak kemungkinan tanding di Selangor

Iklan
Shahidan ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk ‘Shahidan: Otai Perlis masih berbisa’ yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan bertanding di kawasan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Shahidan berkata, beliau berhasrat untuk membantu dalam memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) di PRN yang akan datang yang mana gabungan tersebut telah menyasarkan akan menawan tiga negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai negeri mana yang akan menjadi pilihan untuk bertanding pada PRN akan datang, Shahidan akui tidak kisah ditempatkan mana-mana kawasan yang dapat memberi kekuatan kepada PN.

"Jika ada PRN, mana-mana negeri pun boleh... dan (pilihan) Selangor sebab nak ambil hati sebab saya duduk di Selangor.

Iklan

"Kehadiran saya untuk membantu dan menguatkan mereka (PN), tetapi sekiranya untuk menimbulkan masalah, saya tidak mahu, itu tidak ada masalah

"Jadi saya mengambil pendekatan yang mudah dalam kehidupan, kalau mereka perlukan saya, saya akan hadir untuk membantu,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk ‘Shahidan: Otai Perlis masih berbisa’ yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Shahidan merupakan calon PN mewakili Pas bertanding bagi kerusi Parlimen P3-Arau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 23216 undi.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) dalam usaha menampilkan lebih banyak muka baharu pada PRU15 bertindak menggugurkan beberapa pemimpin senior dalam gabungan itu.

Antara pemimpin 'heavyweight' yang digugurkan ialah Shahidan sendiri, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan; Tan Sri Noh Omar di Tanjong Karang, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Pasir Salak; Datuk Seri Adham Baba di Kota Tinggi dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Tenggara).