BISA hargai perjuangan usahawan

Iklan
Eric Cheng

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penganugerahan menerusi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) yang dianjurkan buat pertama kali pada tahun ini oleh Sinar Harian disifatkan sebagai satu usaha menghargai usahawan setelah sedaya upaya bertahan semasa pandemik Covid-19 melanda negara.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng berkata, melalui penganugerahan itu, pasti lebih ramai usahawan akan berusaha untuk meneruskan perjalanan karier mereka.

Iklan
Iklan

BISA diperkenal bagi mengiktiraf dan menghargai perniagaan serta usahawan tempatan, khususnya pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Menurut Eric, beliau berbesar hati apabila dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah dan ia merupakan satu penghargaan atas perjuangan syarikatnya yang ditubuhkan sejak 2015.

Iklan

"Bagi saya, salah satu sebab seseorang membangunkan bisnes, di akhirnya adalah untuk berusaha mendapatkan pengiktirafan. Mereka akan rasa dihormati dan dihargai.

"Pada awal penubuhan, syarikat kami sangat kecil. Hanya ada lima pekerja dan beroperasi di Kelana Jaya. Perjalanan yang panjang ini sangat menarik kerana begitu banyak naik dan turunnya.

Iklan

"Saya harap anugerah ini dapat diteruskan kerana kita memerlukan lebih ramai usahawan untuk membangunkan syarikat sendiri.

"Saya juga sangat bersyukur kerana diiktiraf sebagai platform kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara,” jelasnya.

Carsome merupakan satu platform e-dagang kereta terpakai secara digital terbesar di Asia Tenggara yang kini telah mempunyai seramai 4,000 pekerja bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia, Thailand dan Singapura.

Eric berkata, untuk membangunkan perniagaan dalam industri kereta terpakai secara digital adalah bukan satu perkara mudah kerana mempunyai pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan.

"Kami berjaya lakukan. Pelanggan hanya perlu tekan sahaja dan kita sediakan harga kereta selepas pemeriksaan di pusat.

"Keseluruhan proses yang sebelum ini sukar dan tradisional, namun melalui digital hanya perlukan satu hingga dua jam untuk siap,” ujarnya.

Katanya, sama seperti perniagaan lain, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan antara cabaran besar dihadapi Carsome sepanjang penubuhannya.

"Kami menubuhkan Akademi Carsome untuk membina dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja automotif melalui pendidikan teknikal serta latihan industri.

"Ketika fasa endemik, mereka telah bersedia untuk bekerja.

"Ini menyebabkan syarikat kami berjaya dan tidak merudum selepas pandemik, malah bergerak lebih pantas,” kata beliau.