Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf meningkat kepada RM115,726

Iklan

SHAH ALAM - Genap seminggu dilancarkan, Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare meningkat kepada RM115,726.74 pada Rabu.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sumbangan itu akan disalurkan secara berperingkat dan akan diuruskan oleh sukarelawan serta wakil Sinar Harian yang membuat liputan berita di sana.

Iklan
Iklan

"Kita akan salurkan bantuan ini terus kepada negara itu dan Syria Care secara berfasa iaitu terbahagi kepada tiga fasa.

"Sukarelawan tabung kita akan terus menggunakan sumbangan ini untuk membeli barangan,” katanya.

Iklan

Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare mula dilancarkan sejak dari hari pertama kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menurut Nik Justin, dalam penyaluran bantuan berkenaan, sukarelawan Syria Care akan turut membeli barangan keperluan daripada peniaga tempatan sekali gus menjadi salah satu cara membantu ekonomi penduduk setempat supaya dapat meringankan beban mereka.

Iklan

"Segala bentuk sumbangan akan disalurkan secara tunai dan barangan yang diperlukan oleh mangsa akan diperoleh di sana secara terus seperti selimut, ubat-ubatan dan makanan,” jelas beliau.

Tambah Nik Justin, pihaknya meletakkan sasaran untuk mengutip sebanyak RM250,000 menerusi kutipan tabung yang akan tamat pada 28 Februari ini.

Namun, katanya, sekiranya masih ada sumbangan yang diterima selepas tarikh tutup, kutipan akan diteruskan memandangkan mangsa gempa bumi di dua negara tersebut sememangnya memerlukan bantuan untuk jangka masa yang panjang hingga keadaan mereka benar-benar pulih.


Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/