Presiden Bank Dunia letak jawatan

Iklan
Malpass - Foto Reuters

WASHINGTON - Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass pada Rabu membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan meninggalkan bank itu pada akhir Jun, lapor Agensi Akhbar Jerman dpa.

Malpass berkata, beliau akan berundur pada 30 Jun selepas mengetuai kumpulan itu selama lebih empat tahun, menurut kenyataan bank pembangunan yang berpangkalan di Washington itu.

Iklan
Iklan

"Dengan negara membangun berhadapan krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini, saya berbangga kerana Kumpulan Bank telah bertindak balas dengan pantas, berskala, berinovasi dan memberi impak," katanya.

Bank Dunia meminjam wang kepada negara miskin dengan syarat yang menguntungkannya bagi mengukuhkan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan negara peminjam. Organisasi ini disokong oleh 189 negara di seluruh dunia.

Iklan

Malpass memegang jawatan itu pada 2019 semasa pemerintahan Presiden Donald Trump yang mencalonkannya untuk tempoh lima tahun dan akan berundur kira-kira setahun sebelum penggalnya berakhir.

Beliau dikritik hebat termasuk oleh Rumah Putih dan Menteri Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Jerman Svenja Schulze kerana kenyataannya mengenai perubahan iklim. - Bernama

Iklan