Gempa bumi kuat landa Filipina

Iklan
Orang ramai berada di luar hospital selepas mengosongkan bangunan berikutan gempa bumi menggegarkan bahagian tengah Filipina, di Masbate pada awal Khamis. - Foto AFP/ Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Perbandaran

MANILA - Gempa bumi berukuran 6 pada skala Richter melanda Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua.

Menurut institut itu gempa berlaku pada 2.10 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 11 km barat daya bandar Batuan di wilayah Masbate di pulau Luzon.

Iklan
Iklan

Gempa bumi turut dirasai di beberapa kawasan di Luzon dan tengah Filipina termasuk Bandar Legazpi di wilayah Albay, Sorsogon, Samar Utara, Negros Occidental dan Leyte Selatan, menurut institut itu.

Tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.

Iklan
Iklan

Filipina kerap mengalami aktiviti seismik kerana lokasinya terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik. - Bernama