Mohammad Fakhruddin sah bertanding Ketua UMNO Bahagian Pekan

Iklan
Mohammad Fakhruddin

PEKAN - [DIKEMAS KINI] Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff mengesahkan bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti itu kali ini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Pekan berkata, keputusan itu dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan
Iklan

"Selama tiga penggal dipilih menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bebar, banyak kejayaan yang cemerlang telah dibawa dalam UMNO Bahagian Pekan khusus dalam Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15 menerusi prestasi serta keputusan majoriti yang amat baik.

"Jadi, saya yakin sudah tiba masanya untuk saya menabur bakti dan keringat kepada penduduk dan ahli-ahli UMNO Pekan," katanya pada Khamis.

Iklan

Mohammad Fakhruddin pada penggal lalu merupakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia

Beliau turut memegang jawatan penting dalam parti dan pertubuhan antaranya, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Pekan (2018 - 2022); Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan (2008 2012); Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pekan (2004-2008) dan Pengerusi serta Penasihat Gerakan Belia 4B Parlimen Pekan.

Iklan

Mohammad Fakhruddin memaklumkan hubungan yang amat baik dengan kepimpinan UMNO Pahang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi nilai tambah untuk dirinya bertanding jawatan itu.

"Saya yakin mampu mengemudi dan mengukuhkan kembali kedudukan dan kegemilangan UMNO Pekan dimata pengundi-pengundi dan semua masyarakat berbilang kaum di Pekan.

"Keyakinan ini disebabkan saya ada hubungan baik dengan pucuk kepimpinan tertinggi UMNO bukan sahaja dipertingkatkan negeri sebaliknya di peringkat bahagian dan seterusnya," kata beliau.