Gempa bumi: Blinken akan lawat Turkiye

Iklan
Antony Blinken

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken akan melawat Turkiye hujung minggu ini untuk meninjau usaha AS membantu kerajaan Turkiye yang dilanda dua gempa bumi kuat yang menjejaskan wilayah di tenggara negara itu, menurut Jabatan Negara pada Rabu.

Blinken akan melawat Pangkalan Udara Incirlik pada 19 Februari dan ke Ankara untuk bertemu rakan sejawatannya, Mellut Cavusoglu dan pegawai kanan lain, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan jurucakap AS Ned Price.

Iklan
Iklan

Menurut Agensi Anadolu kunjungan Blinken itu merupakan sebahagian daripada lawatannya ke tiga negara termasuk Jerman dan Greece.

Beliau juga akan menghadiri Persidangan Keselamatan Munich pada 16 Februari.

Iklan

Blinken akan melawat Athens dan bertemu Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis, Menteri Luar Nikos Dendias dan ketua pembangkang Alexis Tsipras.

Pada pertemuan itu, Blinken akan membincangkan kerjasama pertahanan, keselamatan tenaga dan komitmen bersama AS untuk mempertahan demokrasi.

Iklan

Blinken juga akan melancarkan pusingan keempat Dialog Strategik AS-Greece pada 21 Februari. - Bernama


Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/