Pihak berkuasa China robohkan masjid

Iklan
Kombinasi gambar menunjukkan keadaan masjid tersebut yang dirobohkan separa di perkampungan Gazhuang, wilayah Gansu.

BEIJING - CHINA. Sebuah masjid di wilayah Gansu dirobohkan separa pada 9 April lalu di bawah kempen terbaharu untuk membasmi tradisi Islam di China.

Pihak berkuasa bertindak biadab merobohkan sebahagian masjid terletak di perkampungan Gazhuang itu termasuk motif Islam dan kubah emasnya.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Bitter Winter dan Deutsche Welle, masjid itu dibina kurang sebulan lalu dan penduduk telah diberi amaran supaya tidak berkongsi gambar atau video tentang usaha perobohan tersebut.

Tetapi, rakaman video itu menjadi tular di Twitter beberapa hari selepas itu menunjukkan kubah yang musnah dan sisa runtuhan berhampiran pintu masih serta kren besar ditempatkan di pekarangan masjid tersebut.

Iklan

Beberapa orang dilihat turut menangis di kawasan berhampiran.

Bulan lalu, peraturan baharu telah dikuatkuasakan di wilayah Gansu yang memerlukan kumpulan dan institusi agama bebas daripada pengaruh agama dan mematuhi 'orientasi Cina'.

Iklan

Selain masjid, pihak berkuasa turut merobohkan gereja dan melarang penjualan Bible pada tahun lalu.

Ketika ini, China berdepan kecaman masyarakat antarabangsa kerana menahan hampir sejuta penduduk Uighur di Xinjiang di pusat digelar sebagai 'kem pendidikan semula' kononnya untuk memerangi ekstremisme. - Agensi