Pembantu tukang masak didakwa sebabkan kematian majikan

Iklan
Azahari (tengah) diiringi oleh anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Khamis.

ALOR SETAR - Seorang pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian majikannya di belakang sebuah restoran, Jalan Stadium awal Februari lalu.

Tertuduh, Azahari Hamid, 57 membuat pengakuan tersebut di hadapan Masjistret Zul Hilmi Latif selepas pertuduhan dibacakan di Majistret Alor Setar pada Khamis.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan satu perbuatan gopoh hingga menyebabkan kematian Ishak Othman, 69 di belakang sebuah restoran, Jalan Stadium, Alor Setar jam 5.15 petang pada 4 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Nasruna Anhar Nordien manakala tertuduh diwakili peguambela, Pyra Singh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Iklan

Sebutan semula kes dan laporan bedah siasat ditetapkan pada 21 Mac depan.

Pada 5 Februari lalu, media melaporkan seorang majikan meninggal dunia selepas bertengkar dengan pekerjanya dalam satu kejadian di Jalan Stadium, Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berlaku pergaduhan kecil di antara kedua-duanya dalam kejadian tersebut.