Dira tawar diri jadi calon Ketua Puteri UMNO

Iklan
Khaidirah Abu Zahar atau Dira

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau dikenali sebagai Dira menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO.

Media melaporkan Dira menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO kerana ingin mengembalikan aura taring sayap UMNO seperti awal penubuhannya suatu ketika dahulu.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga penerbit rancangan televisyen berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu mengangkat dan memperjuangkan suara anak muda supaya mendapat perhatian serta pembelaan kerajaan.

Menerusi catatan Facebooknya selepas mengadakan pertemuan dengan Puteri UMNO Selangor hari ini, beliau bersyukur dan menyifatkan Puteri UMNO Selangor sebagai luar biasa.

Iklan

"Dengan semangat ingin memacu Puteri dan agenda wanita muda, saya yakin kita boleh bergerak sepasukan merealisasikan impian dengan kepimpinan dan pasukan yang mantap," katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Dira mengadakan pertemuan dengan Puteri UMNO Selangor pada Khamis.

Iklan

Pengumuman selanjutnya berhubung keputusan beliau itu akan diumum pada sidang media yang dijangka berlangsung di jam 11 malam ini di Menara Dato' Onn.

Difahamkan pemilihan bagi jawatan sayap-sayap UMNO, termasuk wanita akan berlangsung pada 11 Mac ini.