Seorang peserta Bengkel Kedamparan dan Nekropsi Penyu melakukan proses autopsi ke atas bangkai penyu bagi mengenalpasti punca kematian haiwan tersebut di Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang di sini.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Fuze Ecoteer Outdoor Adventures mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan autopsi penyu bagi mencari punca kematian haiwan itu di negeri ini.
Tenaga kerja kumpulan itu terdiri daripada penyelidik UMT, Institut Perikanan Malaysia (FRI) Rantau Abang serta anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan penyu, adalah yang pertama digerakkan di negara ini bagi merungkai punca sebenar kematian penyu yang selama ini hanya dibuat berdasarkan jangkaan tanpa berasaskan dapatan sains yang tepat serta kukuh.
Sampel DNA yang diambil daripada autopsi tersebut akan dihantar ke makmal UMT dan Jabatan Kimia, Petaling Jaya untuk ujian dan tindakan selanjutnya. - Foto Bernama.