Satu daerah satu pusat dialisis

Iklan
Zulkifly (hadapan, kiri) bersama Suib menunjukkan dokumen perjanjian yang selesai ditandatangani sambil disaksikan tetamu kehormat yang hadir pada ajlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama Di Antara Hospital Ar-Ridzuan dan NMSB di sebuah hotel di Ipoh pada Khamis.

IPOH - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menerusi Hospital Ar-Ridzuan miliknya akan mewujudkan sekurang-kurangnya satu pusat dialisis di setiap daerah di negeri ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengerusi Hospital Ar-Ridzuan, Zulkifly Zakaria berkata, hasrat itu akan direalisasikan menerusi usaha sama dengan syarikat Nephrocare Management Sdn Bhd (NMSB) bermula tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kewujudan pusat-pusat dialisis baharu itu bertujuan menampung keperluan rawatan sejajar dengan pertambahan pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis terutama pesakit asnaf.

"Jumlah pesakit yang ada di Perak sebanyak 2,400 orang dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun, jadi kita nak menolong pesakit-pesakit baharu yang akan datang.

Iklan

"Untuk permulaan kita akan menggunakan premis rumah kedai. Keutamaan akan diberi untuk hartanah milik MAIPk yang kosong seperti rumah kedai sekali gus mengoptimumkan penggunaannya sementara bangunan kekal dibina," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama Di Antara Hospital Ar-Ridzuan dan NMSB di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Pengerusi Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan, Datuk Dr Mohamad Hashim Ahmad Tajuddin; Pengerusi NMSB, Prof Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutif NMSB, Datuk Suib Ahmad.

Iklan

Sementara itu, Suib berkata, pada peringkat awal pusat-pusat dialisis baharu itu akan diwujudkan di kawasan Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping Teluk Intan dan Tapah dengan setiap kemudahan akan disediakan 24 mesin dialisis.

Menurutnya, dari segi tenaga kerja, pusat-pusat dialisis berkenaan akan dibekalkan jururawat dari Universiti Mahsa dan Mahsa Care menerusi kerjasama yang dijalinkan.

Jelasnya, kos bagi setiap pusat dialisis tersebut menelan belanja sekitar RM2 juta hingga RM2.5 juta yang akan memanfaatkan kira-kira 130 pesakit bagi setiap kemudahan kesihatan tersebut.

Dalam pada itu, Suib berkata, kewujudan pusat-pusat dialisis baharu itu tidak akan menjejaskan pusat dialisis sedia ada yang merawat pesakit asnaf melalui tajaan MAIPk.