ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam runtuhan salji di bandar Khorugh di timur Tajikistan, menurut sumber rasmi.
"Empat pangsapuri musnah sepenuhnya manakala 35 rumah dan lima bangunan ladang rosak sebahagian,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Jawatankuasa Situasi Kecemasan dan Pertahanan Awam Tajik (KHF).